Inilah anggota family AriYang – kombinasi pasangan Arifin dan Yang. Keluarga kami kecil saja… bersama dua orang putera iaitu Adam (Muhd. Zulhelmi) dan Adi (Muhd. Zulhadi). Biarpun kecil, family kami tetap bahagia…. Semoga kekal begitu sampai bila-bila, insyaAllah, mudah-mudahan.
Adam, putera sulung kami dilahirkan pada 11 April 1994. Manakala Adi pula lahir pada 1998 juga dalam bulan April (tanggal 23). Kalau ikut takwim Hijriah, Adam lahir dalam bulan Zulkaedah, sementara Adi pula dalam bulan Zulhijjah. Sempena itulah mereka diberi nama yang bermula dengan ‘zul’, kebetulan pula kami bernikah juga dalam bulan Zulhijjah.

Adam dan Adi lahir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Kalau tak silap ingatan, kedua-duanya lahir pada waktu pagi…
Kami mula mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 1993 (bersamaan 15 Zulhijjah) di Tokai, Kedah. Setalah bernikah kami menetap di Kota Kinabalu, Sabah. Setelah dikurniakan dua cahaya mata, kami berpindah pula ke Tawau pada Jun 1999, selama tiga tahun. Pada Disember 2002 (apabila saya ditugaskan di Kementerian Penerangan, Angkasapuri) kami berpindah ke Kuala Lumpur, juga selama tiga tahun.

Kemudian kembali semula ke Kota Kinabalu pada Januari 2006.